Johor Bahru - Dua lelaki hilang, dipercayai lemas, manakala seorang lagi terselamat dalam kejadian di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, dekat sini, malam tadi.
Jurucakap bomba dari Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata dua mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhamad Marwan Mazlan dan Muhammad Firdaus Mohd Salleh, kedua-duanya berusia 24 tahun.
"Manakala mangsa yang terselamat, Shafiq Sabirin, 24, telah dihantar ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ketiga-tiga mangsa berasal dari Johor Baharu. Jurucakap itu berkata seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar telah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 8.07 malam.
Sehingga kini operasi mencari mangsa yang hilang masih diteruskan, kata beliau.
0 comments:
Post a Comment