Kangar:"Kes lama, kita sudah siapkan kertas siasatan dan sedang menunggu arahan Ketua Unit Pedakwaan bagi tindakan selanjutnya ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," demikian kata Ketua Polis Daerah Kangar,Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar di belasah tujuh pelajar di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.
Berdasarkan klip berkenaan, mangsa berpakaian sukan serta baju T berwarna merah dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa pelajar elaki di dalam bilik asrma di situ.
Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu.
"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuk suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ.
"Kertas siasatan sudah dipanjangkan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya negeri," katanya.
Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan.
Katanya, pihak asrama kemudian membuat laporan polis pada 6 Jun bagi tindakan seterusnya.
Menurutnya, kertas siasatan kes sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu arahan selanjutnya ke atas ketujuh-tujuh remaja berkenaan.
Abdul Rahman berkata, kes berkenan difahamkan sudah selesai di peringkat pentadbiran dan pengurusan asrama berkenaan.
Semalam, negara digemparkan dengan klip video kejadian buli yang dikongsi di beberapa laman sosial memaparkan kejadian seorang pelajar dibelasah beberapa pelajar di sebah bilik asrama.
0 comments:
Post a Comment