Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 9, 2014

TIADA KOMPROMI SOAL ISU CEROBOH TANAH


Putrajaya - Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk ahli politik jika didapati terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah hingga berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands, Rabu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada siapa yang terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang termasuk jika melindungi kegiatan pencerobohan tanah.

"Kita perlu buktikan setakat mana seriusnya usaha kerajaan untuk menangani isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan  Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Cameron Highlands di pejabat Majlis Keselamatan Negara di sini, pagi Ahad.

Muhyiddin berkata, kegiatan pencerobohan tanah secara haram perlu dihentikan serta merta bagi mengelak bencana yang lebih teruk pada masa depan.

Beliau turut mengakui bahawa pihak berkuasa kurang menjalankan pemantauan terhadap kegiatan pencerobohan tanah di Pahang.

Pada masa sama, beliau turut mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian risiko tanah runtuh dan merangka pelan mitigasi khusus untuk kawasan sekitar Cameron Highlands.

0 comments:

share2