Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 2, 2014

TAK MALU TAYANG ANAK IKAN



Sebelum ini, SS pernah dengar berita mengenai seorang selebriti lelaki yang konon suka berperangai lain daripada orang lain dan suka buat sesuatu perkara ikut kepalanya tanpa menghiraukan senstiviti orang lain.

Tidak hairanlah apabila dia menjadi bahan kritikan ketika tampil dalam sebuah majlis. Orang lain boleh melaram dengan pakaian cantik, dia pula boleh pakai santai macam nak pergi pasar.

Mungkin kerana perangainya yang pelik juga, SS perhatikan dia kurang digemari ramai dan menjadi bahan gelak ketawa orang lain termasuk peminat.

Cuma SS tabik kepadanya yang begitu yakin berdepan dengan peminat dan langsung tidak mempedulikan semua kritikan yang dilemparkan terhadapnya. SS ibaratkan dia memang berhati kental.

SS ingatkan apa yang berlaku sebelum ini sekurang-kurangnya menjadi pengajaran buat personaliti ini, tapi nampaknya dia tetap selamba dengan karakternya yang tersendiri.

Bahkan satu sumber menyampaikan satu berita yang kurang enak kepada SS baru-baru ini. Katanya personaliti ini hadir menyaksikan sebuah program, namun bukanlah berseorangan sebaliknya dengan lelaki jambu yang lebih mesra di kalangan anak seni dengan panggilan 'anak ikan'.

Hendak dikatakan tukang sampai ini serkap jarang atau mengada-ngadakan cerita memang tidak juga kerana kejadian ini berlaku di depan matanya serta penonton lain.

Lagak dan gaya mereka memang mesra dan nampak lain berbanding sebagai kawan baik. Sudah tentunya ramai yang perasan dan ada dalam kalangan penonton mencebik bibir sebagai tanda meluat dengan aksi yang diperlihatkan itu.

Entahlah, SS sendiri susah nak kata apa lagi. Nak ditegur lebih-lebih pun dia bukanlah budak hingusan lagi. Kalau terlebih kritik nanti dituduhnya pula SS ada agenda.

SS: Cuma suka beli ikan di pasar borong.





0 comments:

share2