Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 5, 2014

RESPON DARI LAMAN RASMI MB PAHANG


KUANTAN - Ekoran pendedahan yang dibuat oleh Team Pahangku Media pagi semalam berkaitan dengan kewujudan laman Facebook palsu yang menggunakan nama YAB Menteri Besar Pahang, satu kenyataan telah dikongsi dilaman media sosial rasminya.

Jelas status yang dimuat naik lewat petang semalam memaklumkan bahawa laman Fanpage itu sahaja yang digunakan dan mendapat keizinan daripada YAB Menteri Besar Pahang sendiri.


Laporan mengenai kewujudan laman Fanpage palsu yang menggunakan nama MB Pahang itu dikesan sejak beberapa hari lalu apabila beberapa status yang dimuat-naik menimbulkan kecurigaan dikalangan pengguna.

Maka atas dasar itu, semua pihak diminta agar tidak terpengaruh dan terkeliru dengan kewujudan laman Fanpage seumpama itu yang dilihat hanya akan menimbulkan kecelaruan dimasa akan datang.

0 comments:

share2