Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 26, 2014

RAUB: 19,000 TELAH TERIMA PINJAMAN


Raub - Sebanyak 19,735 usahawan di Pahang telah mendapat pinjaman daripada Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun) dalam tempoh 16 tahun lalu membabitkan peruntukan RM201.97 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata daripada jumlah tersebut, RM80.12 juta merupakan pinjaman berulang membabitkan 6,231 peminjam manakala selebihnya iaitu 13,504 orang merupakan peminjam baharu membabitkan peruntukan RM121.85 juta.

"Kira-kira 87 peratus daripada usahawan yang meminjam daripada Tekun kini sudah berjaya di dalam perniagaan masing-masing. Ada antara mereka beroleh keuntungan lebih RM2,000 hingga RM4,000 sebulan atau lebih bergantung kepada perniagaan yang dijalankan.

"Sebahagian besar peminjam adalah peniaga dan penjaja kecil yang menjalankan perniagan runcit, kuih-muih, restoran dan kerja kontrak dengan jabatan dan agensi kerajaan," katanya kepada Bernama.

Shahiruddin berkata sehingga kini 16,488 usahawan telah mengikuti pelbagai kursus perniagaan, akauntan dan penyediaaan makanan.

Kerajaan negeri menyasar untuk melahirkan antara 12,000 hingga 15,000 usahawan berjaya sebelum akhir tahun 2015, katanya dan menambah sehingga kini 12,000 usahawan berjaya dilahirkan.

0 comments:

share2