Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 18, 2014

PERSPEKTIF : SEKALI AIR BAH SEKALI PATI GELISAH ?




Sejak Utusan Malaysia melaporkan isu kebanjiran PATI di Cameron Highlands, ramai menteri-menteri, wakil-wakil rakyat dan pengarah-pengarah tidak lena tidur. 

Maka ramailah antara mereka mengeluarkan kenyataan itu dan ini dengan tekad dan semangat berkobar-kobar untuk memerangi dan membendung masalah berkenaan. 

Entah dari mana sumber maklumat, Utusan melaporkan adanya seramai 30,000 PATI Bangla yang berkerja disektor perladangan. 

Beberapa pelan telah dirancangkan oleh kerajaan pusat dan beberapa operasi juga telah dilaksanakan oleh jabatan-jabatan tertentu untuk membuktikan komitmen mereka dalam 'memerangi' PATI.

Maka semua mata rakyat ditumpukan kepada Cameron Highlands, Pahang seolah-olah di negeri-negeri lain langsung tiada bermasalah dengan PATI. Sehingga kita terlepas pandang bahawa Nilai juga tidak lagi membawa identiti bandar di Malaysia akibat di 'tawan' PATI.

Tekad menteri-menteri dan pegawai-pegawai  kerajaan untuk memerangi PATI ini sangat dihargai, namun ianya biarlah dengan jujur, rasa penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

Sekiranya terdapat sebarang perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ianya hendaklah diambil tindakan dan diumumkan kepada rakyat tanpa mengira kecil besar serta pangkat dan darjat mereka itu.

Cukuplah sandiwara dan 'wayang cina' yang dimainkan selama ini dimana setiap kali 'sarang tebuan' dijolok, setiap kali itu jugalah penguat-kuasa buat-buat heboh, namun akhirnya hanya satu dua sahaja yang dapat didakwa, itu pun hanya 'ikan-ikan bilis' sedangkan 'jerung' terlepas dan masih bebas.

Janganlah hendaknya pihak-pihat tertentu jadikan isu PATI Cameron Highlands ini sebagai 'modal' bagi menghadapi Perhimpunan Agung UMNO yang tidak lama lagi.

Kerajaan perlu benar-benar bertegas dan memperlihatkan integriti nya bagi memberikan dan mengembalikan keyakinan kepada rakyat untuk terus memberikan sokongan. Jika tidak, PRU akan datang negara akan menyaksikan perubahan kerajaan.


~ Editor


0 comments:

share2