Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 20, 2014

PERLU LEBIH KUASA TANGANI JENAYAH SIBER


Datuk Seri Dr Rais Yatim


Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia(PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurity perlu diberikan lebih kuasa dari segi perundangan bagi mengambil tindakan lebih cepat terhadap kegiatan jenayah siber.

Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, perundangan yang ada ketika ini tidak mencukupi bagi membolehkan pihak berkuasa bertindak lebih tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kegiatan penggodaman.

"Apabila penjenayah siber melakukan jenayah seperti perbuatan 'hacking' sehingga menyebabkan orang kehilangan wang tunai, tindakan cepat mesti diambil. Jika tidak, tindakan itu 'percuma sahaja' kerana penjenayah sudah lari.

"Mereka juga mudah memusnahkan peralatan yang digunakan dalam melakukan jenayah itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa 'Criminal Justice System in the 21st Century: Spirit, Form and Challenges' di sini semalam.

Tambah beliau, peralatan forensik digital dan alatan penyelidikan yang moden serta latihan bersesuai kehendak semasa juga perlu diberikan bagi memastikan pihak penguat kuasa dapat bersaing dengan penjenayah siber yang kelihatan lebih pantas dalam penggunaan aplikasi teknologi.

Dalam pada itu, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, universiti berkenaan juga akan mewujudkan unit khusus untuk mengkaji undang-undang bagi memperkasakan siasatan berhubung jenayah siber.

"Kita perlu wujudkan satu unit untuk melihat undang-undang. Perlu ada suatu batasan dan keseimbangan antara penguatkuasaan dengan hak kebebasan bersuara dalam setiap tindakan," katanya.

Rais berharap konvensyen antara negara anggota Asean dapat diwujudkan bagi membolehkan pihak berkuasa serantau bekerjasama bukan sekadar dalam perkongsian teknologi, namun turut memudahkan tangkapan dibuat, sekiranya penjenayah melarikan diri.

Terdahulu, dalam ucapannya, Rais berkata statistik CyberSecurity menunjukkan jenayah siber di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama pada 2013 mencecah nilai RM1.1 bilion, sekali gus menggambarkan keperluan tindakan segera untuk mengukuhkan undang-undang siber di negara ini.

Sumber

0 comments:

share2