Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 24, 2014

PEKAN: TIGA BERANAK MAUT NAHAS



Pekan - Tiga beranak terbunuh selepas kereta Proton Exora mereka terbabas lalu berpusing dan melanggar tembok jambatan Sungai Api-Api sebelum terbalik di Km 26, Jalan Pekan-Nenasi di sini, kelmarin.

Mereka dikenali sebagai Nor Azian Abdul Razak, 26, yang mati di tempat kejadian, anaknya Mohd Amar Zikri Amir, 2 tahun dan Nor Damia Az-zahra, 1 tahun.

Mohd Amar meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pekan pada pukul 11 malam semalam sementara Nor Damia Az-zahra meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Datuk Yahaya Othman berkata mereka dari Kampung Baru Nenasi dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kuala Pahang.

Beliau berkata kereta itu dipandu bapa Nor Azian, Abdul Razak Hussin, 66, yang turut disertai isterinya Bibi Nordin, 64, yang kedua-duanya hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan.

0 comments:

share2