Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 27, 2014

PAU2014 : AKTA HASUTAN 1948 AKAN DIKEKALKAN



Presiden UMNO, Dato Sri Mohd Najib Tun razak mengumumkan akan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan dua penambahbaikan utama iaitu memasukan soal keharmonian beragama dan gerakan pemecahan Malaysia.

Menurut Mohd Najib beliau telah mendengar pandangan dari Timbalan Presiden UMNO, sayap-sayap UMNO (Wanita, Pemuda dan Puteri) serta Ketua-ketua Bahagian UMNO dan bersetuju mengekalkan akta ini dengan menambah dua isu baru.

“Saya mahu Akta Hasutan memasukkan fasal khas pertamanya, menjaga kesucian agama Islam dan memastikan agama-agama lain tidak boleh dihina.

“Keduanya, penambahbaikan harus dibuat bagi mengambil tindakan ke atas mereka mahu membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia.”

Mohd Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra sebentar tadi.


0 comments:

share2