Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 28, 2014

NAJIB HADIR JAMUAN MAKAN TENGAHARI UMNO PAHANG




KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri jamuan tengah hari bersama-sama anggota Badan Perhubungan Umno Pahang dan perwakilan negeri.

Najib, yang berbaju Melayu merah, diiringi Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh ke majlis yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan kira-kira 500 perwakilan daripada 14 Umno Bahagian serta tetamu jemputan menghadiri majlis itu.

Selesai menjamu selera, Perdana Menteri bersama-sama jemaah lain menunaikan solat Jumaat di Dewan Tun Razak 4, PWTC.


0 comments:

share2