Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 2, 2014

MUSIM HUJAN WAKTU SESUAI TANAM POKOK HERBA




Ketika ini hujan yang turun hampir setiap hari membuatkan tanaman tidak perlu disiram selalu, cuma rumpai cepat membiak.

Keadaan yang mendung dan tidak terlalu panas juga antara waktu sesuai untuk anda cuba menanam pokok herba dan sayur-sayuran.

Ini kerana tanaman berkenaan cepat subur ketika musim hujan. Antara yang sesuai ialah kangkung, kesom, keladi dan kaduk. Jadi, inilah masanya untuk menyemai.

Hanya pokok herba seperti rosemary yang dikatakan tidak tahan dan mungkin diserang kulat.

Jika kawasan di sekeliling rumah mempunyai air bertakung apabila hujan, elok dibuat alur untuk mengalirkannya atau gaul tanah dengan pasir.

Berikut beberapa petua dikongsikan untuk membina taman herba. Kaji sifat fizikal setiap herba termasuk aspek bunga, warna, ketinggian, tekstur, corak pertumbuhan.

Pokok selasih umpamanya mempunyai warna ungu terang dan mengeluarkan aroma segar.

Anda juga boleh cetuskan kreativiti dengan mewujudkan kombinasi efektif seperti menanam herba yang berbeza dari segi warna. Ia secara tidak langsung mewujudkan suasana harmoni.

Bagaimanapun, terlalu banyak warna juga boleh menyebabkan suasana taman berserabut.

Seterusnya bina kesinambungan dengan mengenal pasti tempat yang sesuai untuk menanam setiap herba berbeza.

Tanam mengikut ketinggian iaitu pokok rendah di hadapan sementara pokok tinggi di bahagian belakang.

Anda juga boleh menyusun secara berkelompok. Ini kerana tumbuhan herba lebih tampak dramatik dengan kesan visual menarik berbanding ditanam secara rawak.

Jangan abaikan tanaman herba yang mempunyai aroma dan pastinya ia menyegarkan persekitaran.

Susun letak herba berbau wangi di tepi laluan sama ada taman luar atau belakang rumah, kerana persekitaran luar biasa dapat diwujudkan.




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5625#sthash.Ogs82JoF.dpuf





0 comments:

share2