Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 2, 2014

GAGAL SELUDUP 250 KG DAUN KETUM



Bukit Kayu Hitam: Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki cuba menyeludup daun ketum seberat 250 kilogram bernilai RM7,500 ke negara jiran, pagi tadi.

Lelaki berusia 26 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks KIK, di sini, kira-kira jam 9.45.pagi.

Hasil pemeriksaan anggota Batalion ke-18 Pasukan Gerakan Am (PGA) kemudian menemui daun ketum dimuatkan ke dalam tong minyak di belakang kenderaan terbabit.

Berikutan itu, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah mengesahkan penahanan berkenaan.





0 comments:

share2