Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 2, 2014

JUMPA MAYAT MANGSA BOT TUNDA KARAM





Kuantan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui satu mayat dipercayai mangsa bot tunda yang karam selepas dilanggar kapal tangki minyak di perairan Kuantan, Khamis lalu.

Mayat terbabit ditemui anggota penguatkuasa KM Sebatik kira-kira jam 1.30 tengahari, kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang, di sini, sebelum di bawa ke jeti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tindakan lanjut.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Nasir Adam berkata, mayat yang belum dikenalpasti identitinya itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.

"Mangsa kemungkinan adalah anak kapal bot tunda berkenaan dan kita masih mencari baki lima mangsa yang masih hilang lagi di radius tujuh batu nautika dari lokasi bot itu dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi, di sini.




0 comments:

share2