Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 13, 2014

MARAN : HIDUP DITERANGI CAHAYA LILIN

Manaf ditemani cucu terpaksa mandi air hujan dan bercahayakan api lilin dalam hidup serba kekurangan.



Walaupun terletak kurang 30 meter dari jalan utama Maran-Temerloh, sebuah rumah di Bukit Gebuk dekat sini masih belum mempunyai bekalan elektrik dan air bersih.

Keadaan itu menyebabkan penghuninya yang merupakan seorang warga emas berusia 82 tahun terpaksa bergantung kepada cahaya lilin dan air hujan sejak 43 tahun lalu.

Manaf Draman berkata, isterinya berasal dari Kampung Pejing, Chenor meninggal dunia pada tahun lepas akibat terkena semburan bisa ular tedung.

Menurutnya, dia berasal dari Kampung Belengu, Temerloh dan berpindah dari Pejing ke Bukit Gebuk selepas banjir besar pada 1971.

“Tanah seluas dua ekar ini bergeran atas nama saya tetapi rumah tiada elektrik dan bekalan air.

“Saya akui tidak tahu cara memohon malah tiada siapa yang sudi bantu sehingga sekarang rasa azab guna lilin dan air hujan,” katanya.

Manaf berkata, dia pernah didatangi individu tidak dikenali yang meminta bayaran RM30,000 untuk kerja pemasangan paip dan penyaluran air bersih.

Menurutnya, perbelanjaan harian hanya bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 diterima sejak 1998.

“Saya tidak ada anak dengan arwah isteri tetapi saya mempunyai seorang anak angkat lelaki yang dulu tinggal di Rawang, Selangor.

“Selepas isteri saya sakit pada tahun lepas, anak angkat lelaki bersama isteri dan dua cucu menetap di sini.

“Dia pun susah, kerja ikut orang buat kontrak rumah malah kami tidak ada apa-apa kenderaan dan menantu terpaksa berjalan kaki dua kilometer ke Kampung Sentosa untuk beli barang dapur,” katanya.

Nasib warga emas malang itudapat perhatian Kelab Sukarelawan Kebajikan Warga Emas dan orang kurang upaya (OKU) Maran yang melakukan pembersihan kawasan rumah bersama JKM, Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM), jabatan kesihatan, Majlis Daerah Maran
dan Umno bahagian.


Sumber



0 comments:

share2