Cadangan untuk melantik warga asing menerajui Majlis Sukan Negara terus mendapat bantahan orang ramai.Jawatan Ketua Pengarah badan induk sukan negara itu adalah lebih relevan disandang oleh tenaga tempatan.
Jika Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaluddin tetap dengan pendirian mahu melantik orang luar, kerajaan terpaksa membayar gaji yang tinggi bagi mendapat khidmatnya.
Pengkritik sukan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan terpaksa membayar yang mahal untuk membawa khidmat pakar dari luar negara sedangkan kita mempunyai kepakaran di dalam negara.
Sementara itu orang ramai juga tidak berpuas hati dengan cadangan melantik orang luar untuk menjadi Ketua Pengarah MSN. Mereka berpendapat cukup sekadar mengambil tenaga asing sebagai pelatih atau jurulatih. Seorang Ketua Pengarah Sukan dari luar belum pasti dapat mengubah sukan negara sekiranya mutu latihan tetap sama.
Mereka juga mahukan lebih ramai ahli sukan profesional dilantik untuk jawatan-jawatan penting dalam MSN dan bukannya mereka dari kalangan yang tiada pengalaman dalam bidang sukan.
0 comments:
Post a Comment