Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 13, 2014

JABATAN PERIKANAN SUDAH HILANG TARING?

perikanan




Di atas merupakan poster yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jabatan Perikanan yang menunjukkan beberapa spesies ikan yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia.

Namun, kalau kita amati betul-betul, ada dua tiga ikan-ikan yang disenaraikan itu kini semakin bermaharajalela di perairan Malaysia malah sudah mula mendominasi ekosistem perairan negara. 
Malah, ada spesies yang disenaraikan itu yang sering dilepaskan ke dalam tasik dua tiga hari sebelum mana-mana pertandingan memancing air tawar yang dianjurkan di negara ini. Di mana silapnya? 

Dan yang terbaharu ialah, ura-ura untuk membawa masuk ikan sturgeon yang berasal dari kawasan sungai subtropika, iklim sederhana dan sub-Artik untuk dibiakkan di negara ini bagi mendapatkan telurnya yang merupakan antara makanan golongan bangsawan, kaviar. 

Yang menariknya, usaha itu akan dilakukan oleh sebuah agensi yang berkaitan dengan peneroka dan akan dilakukan berdekatan dengan Taman Negara di Kuala Tahan.

Apa pun, usaha yang dilihat sebagai satu projek perniagaan itu dan akan berkolaborasi dengan syarikat daripada Korea mendapat bantahan daripada pemimpin setempat dan juga penduduk.

Ini disebabkan kata mereka, projek itu kelak bakal memberikan implikasi buruk terhadap ekosistem yang ada di Kuala Tahan malah, penduduk di sekitar kawasan itu juga bakal mendapat tempias, bukan baik, tetapi tempias buruk akibat hasil yang dikeluarkan oleh projek berkenaan.

Projek yang dilancarkan oleh pemimpin tertinggi negara itu dijalankan tanpa melakukan sebarang kajian penaksiran kesan persekitaran (EIA) kawasan berkenaan dan setakat ini ia telah dihentikan.
Namun, kesan-kesan buruk sudah kelihatan antaranya ialah 'pencerobohan' hutan di sekitar kawasan itu bagi membolehkan projek itu dimulakan. 

Menurut penduduk, apa yang mereka runsingkan ialah, adakah ikan-ikan yang bakal dibawa masuk ke Malaysia itu tidak akan merosakkan ekosistem yang ada dan mampukah ikan-ikan tempatan termasuk temoleh, kelah, sebarau, tengas bertahan jika ikan-ikan itu terlepas ke saliran perairan negara?

Selain itu, penduduk juga turut risau dengan hasil yang bakal 'dibuang' oleh ikan-ikan sturgeon yang pastinya akan hadir dalan jumlah yang banyak, adakah hasil buangan itu tidak mencemarkan air minuman yang puncanya hanya terletak kira-kira 2.3 kilometer daripada paip Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang.

Semua ini menjadi tanda tanya mereka, malah ada yang menyuarakan bantahan dengan kenyataan projek itu di mana bakal menarik lebih ramai pelancong sekitar 500,000 hingga 600,000 setahun yang mampu merosakkan ekopelancongan yang ada di situ. 

Bukan tidak mahukan keuntungan namun, kelestarian kawasan itu perlu juga dijaga. Kata mereka, Kuala Tahan dibangunkan bukan setahun dua, tapi memakan masa yang amat lama, adakah hanya sekelip mata mahu dimusnahkan? 

Jika projek itu menguntungkan kata mereka, bawalah ke tempat lain yang lebih bersesuaian agar kawasan hutan hujan tropika yang tertua di dunia berusia lebih 130 juta tahun itu kekal terpelihara tanpa sebarang gangguan dan ancaman dariapda pihak luar.

Apa yang pasti, pihak Jabatan Perikanan negeri sudah mengeluarkan arahan agar ikan berkenaan tidak dibawa masuk namun dikatakan ada arahan 'tegas' daripada ibu pejabat di Putrajaya yang memberikan 'kelonggaran' bagi projek berkenaan.
Adakah Jabatan Perikanan sudah hilang taring?


Tinggalkan kisah sturgeon di Kuala Tahan, kita meronda ke Tanjung Gemok pula. Juga di Pahang. Kali ini, sebuah jeti perikanan persendirian di Endau, Johor yang terletak bersebelahan Tanjung Gemok menjadi tumpuan bukan kerana ikan-ikan biasa yang didaratkan namun disebabkan seekor ikan yu paus (Rhincodon typus) yang dinaikkan sebuah bot nelayan.

Yu paus sebenarnya disenaraikan sebagai sepsies terancam di bawah Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam) 1999. Sabit kesalahan kerana menangkap spesies berkenaan boleh denda RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali, manakala di peringkat antarabangsa pula, yu paus turut disenaraikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN) 2000, sebagai spesies diancam kepupusan. 






0 comments:

share2