Bentong - Majlis Perbandaran Bentong (MPB) telah memasang sekitar 16 kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan ‘panas’ daerah ini. Yang DiPertua MPB, Muhammad Shahid Ismail berkata, pemasangan CCTV terbabit merupakan salah satu alternatif disediakan kerajaan di bawah Program Bandar Selamat.
“Pemasangan CCTV di daerah ini merupakan pemasangan fasa kedua di bawah program terbabit di mana tujuan utama pemasangan CCTV ini adalah untuk mencegah jenayah jalanan.
“Justeru itu, kawasan yang dipilih untuk memasang CCTV ini adalah kawasan yang memiliki kepadatan pengunjung selain merupakan kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas,” katanya.
Tambahnya, pemilihan kawasan dilakukan dengan perbincangan bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan mengenal pasti kawasan yang kerap berlaku jenayah.
“Dengan adanya CCTV ini kita jangka akan dapat mengurangkan kadar jenayah jalanan sehingga 20 peratus.
“Selain itu juga, ia juga akan bertindak membantu pihak majlis dalam aspek kawalan, penguatkuasaan dan pengurusan seperti lalu lintas dan tempat letak kereta” katanya.
Selain itu katanya, dengan adanya CCTV itu nanti akan dapat meningkatkan persepsi dan keyakinan dalam diri masyarakat dari sudut kawalan terhadap tempat umum.
“Denagan adanya CCTV ini nanti akan memberi keyakinan dalam diri masyarakat akan keselamatan diri dan harta mereka dari ancaman jenayah jalanan,” katanya.
Menurutnya lagi, CCTV dilengkapi dengan sistem tanpa wayar dan dikatakan kameranya boleh membuat pusingan 360 darjah.
“Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem pembesar suara supaya jika terlihat sebarang jenayah, amaran akan diberikan dari pembesar suara terbabit.
“Terdapat dua bilik kawalan yang akan mengawal dan memantau CCTV ini nanti di mana satunya terletak di MPB dan satu lagi terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah,” katanya.
Katanya lagi, sebahagian CCTV di daerah ini masih dalam pemasangan dan keseluruhannya dijangka akan berfungsi sepenuhnya tahun hadapan. - SUMBER

0 comments:
Post a Comment