Awang Selamat menulis lagi di Analisis Mingguan, mengenai isu Cameron Highlands selepas pendedahan Utusan Malaysia dan tohmahan pedasnya kepada Menteri Besar Pahang.
Nampaknya baru kini Awang Selamat sedar dan kembali kelandasan yang benar. Jika di awal penuisannya beliau seakan meletakkan semua kesalahan terhadap Menteri Besar Pahang, namun akhirnya baru dia sedar bahawa bukan semua kuasa berada ditangan Menteri Besar.
Kita perlu melihat isu Cameron Highlands dalam 2 sudut berbeza. Satu, isu pendatang asing dan dua, isu banjir lumpur. Yang Awang Selamat dan Utusan tekankan adalah isu pendatang asing yang 'menawan' Cameron Highlands sedangkan tiada siapa pun menduga bahawa banjir lumpur akan berlaku selepas itu.
Pendatang asing adalah dibawah bidang kuasa KDN, justeru pendedahan yang dibuat itu lebih sesuai jika ditujukan kepada Zahid Hamidi, melainkan jika Awang Selamat sememangnya berniat 'pukul anak sindir menantu'. Tidak hairanlah bila Zahid Hamidi serta merta 'mengelupur' apabila isu itu dibangkitkan.
Soalnya, apakah hanya di Cameron Highlands terdapat kebanjiran pendatang asing? Apakah hanya Cameron Highlands saja yang 'ditawan'? Apakah hanya Bangla saja? Bagaimana dengan Awang Hitam? Tentu Zahid Hamidi boleh menyawabnya jika soalan itu diajukan oleh Awang Selamat dan Utusan.
Sebenarnya isu Cameron Highlands bukan saja isu pendatang asing, bukan saja isu alam sekitar. Ianya mungkin sabagai satu gambaran kepincangan kepada keseluruhan sistem dan pentadbiran serta masyarakat.
Jika pertanian dan penerokaan tanah tinggi dijadikan alasan, mungkin ianya masih boleh dipertimbangkan kerana di Jawa, Indonesia mereka juga bertani dilereng-lereng bukit dan gunung hatta di kaki gunung berapi sekalipun. Mungkin yang kita perlu perhatikan adalah cara penerokaan itu dilakukan.
Soal itu, biarlah kita serahkan kepada mereka yang pakar dalam bidangnya. Bagaimanpun, yang pakar juga perlu berintegriti dalam menjalankan tugas mereka (full stop).
Saya tertarik dengan ungkapan 'lebih beradab' Awang Selamat seperti di bawah ini:
"Pada Awang, beliau tetap menteri besar yang dihormati. Kedua, Adnan memperlihatkan sikap terbuka dengan memilih untuk tidak menjawab tulisan tersebut dan beberapa komentar lain. Dengan kata lain, beliau boleh menerima teguran walaupun mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pengikut setianya........"
Antara yang tersurat dan yang tersirat, nampaknya Awang Selamat lebih gembira apabila segala tohmahannya terhadap pemimpin-pemimpin tidak dijawab dan itulah yang dimaksudkannya sebagai kebebasan bersuara (?).
Janganlah kita menyangka bahawa sebagai pengamal media dan dengan apa yang di panggil sebagai kebebasan bersuara maka kita bebas membuat tohmahan kepada sesiapa saja tetapi dalam masa sama tidak bersedia untuk menerima kritikan balas.
Utusan Malaysia dan Awang Selamat beruntung kerana Menteri Besar Pahang bukanlah seperti Anwar Ibrahim yang dengan sombong menempelak Utusan dalam sidang akhbarnya sebagaimana yang berlaku tidak lama dulu.
Baca Rujukan:
Analisis Mingguan: Bisik-bisik Awang Selamat
#supportmbpahang Hebat Sangatkah Adnan?
~ Editor

0 comments:
Post a Comment