Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 24, 2014

60 MILITAN TERBUNUH


Berlin - Sekurang-kurangnya 60 warga Jerman yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) terbunuh di Iraq dan Syria, menurut Pejabat Persekutuan bagi Perlindungan Perlembagaan.

Presidennya, Hans-Georg Maasen turut memberi amaran bahawa Jerman berdepan kemungkinan serangan pengganas oleh militan yang kembali daripada kedua-dua negara tersebut.

"Kita perlu bersedia berdepan sebarang kemungkinan. Ancaman dan serangan yang berlaku di negara Timur Tengah boleh berlaku di sini," katanya kepada akhbar Welt am Sonntag, semalam.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere memaklumkan sekurang-kurangnya 550 warga Jerman meninggalkan negara itu pada 20 November lau untuk menyertai IS.

Katanya lagi, pihak keselamatan turut memantau 230 individu lain yang dilihat mampu mengancam keselamatan negara, laporan dipetik dari Press TV.

0 comments:

share2