Utusan Malaysia tiba-tiba mengejutkan masyarakat dengan laporan bahawa 30 Ribu Bangla 'Tawan' Cameron Highlands. Entah dari mana sumber didapatinya, namun laporan berkenaan meresahkan sebilangan masyarakat lalu semua perhatian mula tertumpu kepada negeri Pahang dan kepimpinannya.
YAB Menteri Besar Pahang pada 5 November 2014 lalu telah mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan keadaan sebenarnya sambil menyangah provokasi yang dilakukan oleh pihak Utusan. Awang Selamat pertahankan Utusan dan menegakkan benang basahnya yang akhirnya mencetus hubungan dingin antara Menteri Besar Pahang dan Utusan Awang Selamat.
Jabatan Imigresen dibawah Kementerian Dalam Negeri terpaksa menghantar pasukannya untuk memburu PATI yang dimaksudkan. Satu operasi besar-besaran diadakan bermula 9 November namun pada 13 akhbar-akhbar melaporkan hanya 181 PATI dapat ditahan. Akhbar Berita Harian pada hari sama menyifatkan laporan 30 ribu Bangla adalah bohong semata-mata.
Implikasi dari laporan Utusan Malaysia mengenai 30 Ribu Bangla adalah: 1.Rakyat cepat melatah dan marah-marah tanpa usul periksa dan berpandukan sumber yang sahih.2. Penyokong Pembangkang dan pihak yang berniat buruk serta merta menggunakan isu berkenaan untuk memperlekehkan Kerajaan dan agensi terbabit.
Utusan Malaysia dituntut untuk membuktikan kebenaran dan sumber laporannya mengenai 30 Ribu Bangla di Cameron Highlands, atau akan dianggap berbohong dan memfitnah serta berniat jahat kerana kegagalan dengan laporan palsunya. Atau mungkinkah Jabatan Imigresen dan KDN yang gagal dalam operasi menemukan 30 Ribu Bangla.
Isu ini sudah bukan lagi soal kecil walau pada awalnya pihak Utusan dan Awang Selamat hanya cuba 'bermain api'. Dalam isu 30 Ribu Bangla ini, rakyat melihat bahawa sama ada Utusan telah berbohong dan memfitnah atau Jabatan Imigresen gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya.
~ Editor

0 comments:
Post a Comment