Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 25, 2014

1MDB: DAP PULAU PINANG SOKONG TONY PUA

Lim Guan Eng



BUKIT MERTAJAM - DAP Pulau Pinang hari ini menyokong pendirian Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Tony Pua hanya mahukan jawapan daripada 1MDB berhubung pelaburan mereka yang banyak mendatangkan kerugian. 

Katanya, pertanyaan Tony Pua adalah sama seperti mana sebelum ini yang ditanya oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kami akan berdiri bersama Tony Pua, yang mahukan jawapan daripada 1MDB tentang pinjaman dan perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan. 

"Kami bukan senang dibuli, kalau berani samanlah Mahathir," katanya dalam ucapan di konvensyen DAP Pulau Pinang di sini.

Dalam laporan Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan notis tuntutan terhadap Pua, yang juga Pengerusi DAP Selangor, supaya menarik balik kenyataannya berhubung 1MDB.

Najib juga mahu Pua menyiarkan permohonan maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar tempatan.









0 comments:

share2