Kebelakangan ini seakan meningkat kesedaran terhadap alam sekitar. Kerana itu kita mendengar adanya protes disana-sini yang dikaitkan dengan alam sekitar,
Kita mendengar tentang isu Lynas, ternakan Sturgeon di Kuala Tahan serta cadangan penerokaan hutan bagi tujuan pembalakan dan perlombongan di Taman Rimba Kenong. Bagaimanapun sudah tentu kita tidak dapat lari dari isu alam sekitar yang dipolitikkan oleh golongan tertentu walaupun ianya tanpa alasan yang kukuh.
Lynas umpamanya, isu alam sekitar yang dipolitikkan akhirnya tenggelam begitu sahaja bahkan pihak yang menganjurkan bantahan berkenaan pun sudah diam dan melarikan diri.
Walau bagaimanapun, kita harus melihat isu pencemaran sungai sebagai sesuatu yang sangat penting dan perlu diberikan serius kerana sungai adalah sumber kehidupan kita. Tanpa bekalan air yang bersih kita akan menghadapi masalah serius dimasa-masa akan datang.
Dibeberapa buah negara di asia tenggara mengalamai pencemaran sungai yang teruk dan berada didalam keadaan yang kritikal. Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada sungai mereka untuk dapat kita mengatasinya sebelum kita menghadapi keadaan yang serius.
Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan proaktif memandangkan pencemaran sungai berlaku begitu drastik sekali pada beeberapa tahun kebelakangan ini.
Sikap masyarakat yang menjadikan sungai sebagai kawasan pelupusan sampah dan pembuangan sisa kumbahan harus diubah segera. Kerajaan tempatan juga perlu mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah sungai dijadikan kawasan pelupusan sampah dan pembuangan sisa kumbahan. Menjadikan parit dan longkang serta anak sungai sebagai kawasan pemnuangan sisa kumbahan harus dihentikan segera dari sekarang.
Hasrat mencapai negara maju bukan sahaja dengan menambah pendapatan rakyat namun taraf hidup rakyat juga harus ditingkatkan termasuk menyediakan kawasan pesekitaran yang bersih dan nyaman bagi kehidupan yang lebih aman dan bahagia.
Perhatikanlah, kemanakah sisa kumbahan dan air dari longkang kita mengalir? Apakah ianya sudah dirawat bersih sebelum dialirkan semula ke sungai untuk memberi kehidupan kepada ikan, haiwan dan tumbuhan?
Semoga kerosakan yang berlaku di negara lain sebagaimana yang siarkan di klip video diatas tidak akan berlaku kepada negeri dan negara kita bagi kehidupan yang lebih sempurna untuk anak cucu kita dimasa akan datang. Cintai kehidupan dan sayangilah alam!
Azam Abd Rahman
Azam Abd Rahman
0 comments:
Post a Comment