Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 28, 2014

PREMIS PELACURAN KENA GEMPUR


Polis Johor akan meneruskan operasi gempur premis pelacuran bagi banteras kegiatan itu.


Johor Bahru - Polis Johor melakukan 7,961 serbuan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di negeri ini, sepanjang tempoh Januari hingga sekarang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata, daripada serbuan dilakukan, pihaknya berjaya menangkap 2,094 wanita warga asing dan 107 wanita tempatan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

“Daripada jumlah tangkapan itu, seramai 285 individu telah dituduh ke mahkamah iaitu 18 orang dituduh di bawah Kanun Keseksaan, 207 orang (Akta Imigresen), 285 orang (Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor 1998.

“Selain itu, sebanyak 429 saman dikeluarkan kerana premis hiburan beroperasi tanpa lesen yang sah dan 149 saman dikeluarkan kerana melanggar syarat lesen,” katanya.

Hasnan berkata, polis sentiasa komited untuk membanteras gejala itu dengan meningkatkan pemantauan ke atas sasaran yang dikenal pasti dan operasi secara berterusan.

Katanya, operasi secara bersepadu turut dijalankan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan Majlis Agama Islam Johor.

“Selain itu, Task Force telah ditubuhkan di setiap daerah bagi memastikan pembanterasan berterusan dalam dilakukan,” katanya.

0 comments:

share2