Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 25, 2014

MH17, MH370: TIONG LAI BERLEPAS KE AS, KANADA


Liow Tiong Lai


Kuala Lumpur - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kini berada di Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan bantuan berhubung dua tragedi yang menimpa syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airlines (MAS) tahun ini.

USA Today melaporkan beliau akan mengunjungi Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat Anthony Foxx dan melawat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal, Kanada, minggu depan.

Berhubung dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Tiong Lai memberitahu media Amerika Syarikat itu bahawa operasi pencarian kini meliputi fasa laut dalam dan bantuan daripada AS diminta dalam konteks peralatan selanjutnya.

"Sekarang, kami memerlukan lebih peralatan untuk meninjau sama ada terdapat lebih banyak teknologi dan kepakaran untuk menjejaki pesawat," kata beliau berhubung dengan operasi di Lautan Hindi bagi mengesan pesawat itu yang hilang bersama 239 orang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Semasa melawat ke ICAO, Tiong Lai dijangka memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan sistem mengesan penerbangan untuk mengelak pesawat daripada hilang seperti MH370, menurut laporan itu.

Tiong Lai yang sedang memberi tumpuan terhadap tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai akan menggesa ICAO menerima pakai resolusi untuk akses lebih baik di tapak nahas.

Para penyiasat dilaporkan masih tidak dapat akses ke kawasan nahas MH17 di timur Ukraine. Kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat terkorban dalam nahas itu termasuk lebih 40 penumpang warga Malaysia.

Bangkai pesawat perlu diperiksa oleh pakar-pakar keselamatan untuk menentukan apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat Malaysia itu, kata Tiong Lai kepada USA Today dengan beliau turut memaklumkan tentang apa yang mungkin menyebabkan pesawat itu terhempas.

"Kami mengesyaki peluru berpandu membedil pesawat," kata beliau.

Beliau seterusnya menggambar Malaysia Airlines sebagai "ikon" dengan menyimpan banyak emosi".

0 comments:

share2