Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 24, 2014

MARAN : RUMAH SEWA JADI BALAI POLIS

Mohamed Arifin bersama penduduk dan anggota polis bergotong-royong membersihkan kawasan rumah yang disewa dan dijadikan Pondok Polis Seberang Chenor sementara.



CHENOR - Pondok Polis Seberang Chenor beroperasi dengan menyewa sebuah rumah penduduk sementara menunggu kelulusan peruntukkan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membina bangunan baharu.

Adun Chenor, Mohamed Arifin Ismail berkata, seorang anggota polis ditempatkan di pondok sementara itu bagi menampung keperluan penduduk meliputi beberapa kampung tradisional sehingga ke sempadan Felda Purun.

Menurutnya, Pejabat Perkhidmatan Adun Chenor mengemukakan permohonan kepada KDN pada tahun lepas bagi tujuan tersebut dan mendapat jaminan positif daripada kementerian berkenaan.

“Pondok polis ini adalah satu keperluan utama berikutan balai polis berdekatan di Bandar Chenor tidak cukup tangan untuk kendalikan kes keselamatan sehingga ke Seberang Chenor.

“Sudah lama penduduk menanti kemudahan ini malah pihak polis pun sudah menyewa rumah tersebut sejak 2012 kerana peruntukkan untuk bina bangunan baharu belum diluluskan.

“Saya telah berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri dan beliau memberi jaminan sebuah pondok polis di Seberang Chenor akan dibina menggunakan peruntukkan yang diterima dalam Bajet 2015,” katanya.

Mohamed Arifin berkata, buat masa sekarang, hanya seorang anggota polis ditugaskan di pondok polis sementara itu namun ia tidak memadai untuk memikul beban kerja seorang diri.

Menurutnya, bilangan anggota bertugas perlu ditambah bagi mempermudah urusan dan mengelak sebarang rungutan daripada penduduk.





0 comments:

share2