Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 23, 2014

BUDAK DUA TAHUN ANTARA DITAHAN

Anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen ketika membuat pemeriksaan terhadap salinan pasport sebahagian pekerja sebuah kilang di asrama mereka di Cheng, semalam.


Bandaraya Melaka - Seorang kanak-kanak warga Kemboja berusia dua tahun antara 24 warga asing yang ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri dalam operasi bersepadu selama tujuh jam, semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, kanak-kanak perempuan itu ditahan bersama ibu-bapa berusia lingkungan 20-an di sebuah rumah di Cheng, kira-kira jam 1 pagi.

“Keluarga tersebut ditahan akibat tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini selepas siasatan awal dilakukan dalam rumah dua tingkat itu.

“Turut ditahan, seorang wanita dan tiga lelaki dipercayai melakukan kesalahan sama termasuk dua lelaki yang mendakwa baru tiba di Melaka beberapa hari lalu untuk membantu membuat kerja-kerja menjahit,” katanya.

Menurutnya, tujuh warga Kemboja itu antara 24 warga asing ditahan daripada kira-kira 100 yang diperiksa dalam serbuan di tujuh lokasi berasingan semalam termasuk sebuah premis pusat judi internet.

“Kesemua yang ditahan berusia dua hingga 35 tahun terdiri seorang Bangladesh, tujuh lelaki dan seorang wanita dari Myanmar, tiga perempuan dan lima serta kanak-kanak Kemboja, tujuh warga Nepal.

“Turut ditahan tujuh warga Myanmar kerana tidak mempunyai pasport termasuk sepasang suami isteri yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) ketika sedang bekerja di sebuah restoran di Pandan Malim," katanya di sini, semalam.

Abu Bakar berkata, kesemua ditahan kerana kesemua ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki permit atau pas lawatan sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu tinggal di negara ini melebihi masa.

“Sebahagiannya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Perkara 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

“Dalam operasi selama tujuh jam berakhir 5 pagi ini dua lelaki tempat berusia 25 dan 27 tahun turut ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamin ketika ujian saringan air kencing dijalankan,” katanya.

Abu Bakar berkata, seramai 39 anggota terlibat dalam operasi bersepadu yang termasuk emat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Jabatan Pendaftaran Malaysia (5) dan AADK (6).

0 comments:

share2