Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 23, 2014

KENA 10 JAHITAN LANGGAR DUA KUCING BERGADUH


Hussin dengan kecederaan dialaminya.


Kuala Kurau - Seorang lelaki menerima lebih 10 jahitan di kepala setelah terjatuh dari motosikalnya akibat terlanggar dua ekor kucing sedang bergaduh di Kampung Parit Abas, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa Hussin Said, 50, bukan sahaja menerima jahitan di kepala malah turut mengalami kecederaan lain akibat terjatuh dari motosikal yang ditunggang.

"Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan Kuala Kurau, roda hadapan motosikal saya diterpa dua kucing sedang bergaduh menyebabkan hilang kawalan dan terjatuh.

“Kejadian itu menyebabkan kepala dan beberapa bahagian badan cedera serta hampir pitam, sebelum seorang kawan membawa saya ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Hussin berkata, kejadian itu menyebabkan motosikalnya rosak dan mengalami kerugian dianggarkan lebih RM200.

“Walaupun sayur dan ikan yang dibeli bertaburan atas jalan, namun saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

0 comments:

share2