Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 21, 2014

WANITA MENYAMAR PETUGAS SPR DITAHAN


PRK Pengkalan Kubor

Tumpat - Seorang wanita berusia 50-an dipercayai sakit mental ditahan kerana menyamar sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di proses Pengundian Awal di sini, hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, wanita tersebut ditahan selepas petugas SPR menyedari beliau memakai pas SPR 2012.

“Petugas SPR kemudian menyerahkan wanita itu kepada polis untuk tindakan lanjut, kami difahamkan dia mengalami sedikit masalah mental,” katanya kepada media hari ini.

Dalam kejadian tersebut, wanita itu juga didakwa meminta dua helai baju T daripada pegawai bertugas.

Walau bagaimanapun, Abdul Ghani berkata, kejadian tersebut tidak menganggu proses pengundian awal yang dijalankan sejak jam 8 pagi itu.

0 comments:

share2