Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 12, 2014

UNDANG LUAK JELEBU MENINGGAL DUNIA


Seremban - Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab,77, meninggal dunia kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, akibat serangan jantung selepas jatuh dibilik air dirumahnya di Gedong Lalang,Ampangan, di sini.

"Jenazah akan dibawa ke kediaman rasmi Undang Luak Jelebu di Kuala Klawang, di sini," katanya.

Katanya, jenazah akan dikebumikan selepas solat Zuhur.

Al-Fatihah.

0 comments:

share2