Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 4, 2014

RAUB : EMPANGAN KELAU AKAN SELESAIKAN MASALAH AIR DI SELANGOR 2017





Raub, 3hb September 2014 - "1.8.billion padu air mentah akan dibekalkan kepada negeri Selangor pada 2017 apabila Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor siap sepenuhnya kelak" - demikian dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Pahang kepada wartawan sejurus selepas sesi taklimat mengenai kemajuan perlaksaan projek berkenaan di tapak projek Empangan Kelau.

Petang semalam YAB Menteri Besar Pahang bersama Ahli Majlis Mesyuarat  melawat tapak projek bagi meninjau perkembangannya.

Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang kan ke Selangor (PPAMPS) bertujuan menyalurkan air mentah dengan keupayaan 1,890 JLH dari Karak, Pahang ke Hulu Langat, Selangor melalui paip berkembar dan terowong penyaluran air. Air mentah berkenaan akan dirawat di Loji Rawatan Air Langat 2 yang dijangka siap pada 2017.

Terowong penyaluran air yang dibina merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketujuh terpanjang didunia. Projek ini diklasifikasikan  sebagai projek berimpak tinggi dan apabila siap kelak akan memenuhi permintaan air di kawasan Lembah Klang sehingga tahun 2025.

YAB Menteri Besar Pahang juga berharap pihak Kementerian dan Kerajaan Selangor dapat bekerjasama bagi membolehkan projek ini dapat disiapkan pada tahun 2017 sepertimana yang ditetapkan. Beliau juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak mempolitikkan kepentingan rakyat ini semata-mata untuk kepentingan politik peribadi. Beliau juga berharap sebarang perubahan dalam kepimpinan negeri Selangor tidak akan mengubah sebarang keputusan dan projek ini akan tetap terus terlaksana. 

Kos keseluruhan projek adalah RM3.936 billion. RM2.809 juta adalah pinjaman dari Kerajaan Jepun manakala RM1.127 juta adalah peruntukan Kerajaan Malaysia sendiri.









0 comments:

share2