Oppo mula mengorak langkah dalam mengeluarkan telefon pintar ternipis. Beberapa bulan lepas, mereka telah lancarkan Oppo R3, dimana ianya adalah yang ternipis didalam kategori 4G LTE dengan ketebalan cuma 6.3 mm. Ianya lebih nipis berbanding model Huawei's Ascend P7 yang mempunyai ketebalan 6.5 mm.
Sementara Oppo R3 dilancarkan ke pasaran antarabangsa, satu telefon versi baru yang dikenali sebagai Oppo R5 telah dikesan di Indonesia dengan nombor model R8106. Setakat ini, masih tiada lagi sebarang khabar mengenainya.
Model Oppo R3 yang dilancarkan baru baru ini mempunyai skrin bersaiz 5" dengan paparan HD 720p. Menggunakan prosessor Quad Core 1.6Ghz Snapdragon 400, dengan RAM sebanyak 1GB dan dikuasai dengan bateri berkapasiti 2,420mAh.
Sementara di pasaran Malaysia, Oppo telah memperkenalkan Oppo R1L dimana ianya dikategorikan sebagai bersaiz sederhana nipis untuk model 4G LTE dengan bersaiz 7.1 mm.
Untuk model Oppo R5, ianya mungkin akan diumumkan didalam Acara N3 yang bakal berlangsung di Singapura bulan hadapan. - SUMBER
0 comments:
Post a Comment