Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 20, 2014

MUKTAMAR KECOH KERANA TOLAK JAWATAN MB


Batu Pahat - Muktamar Pas kecoh apabila wakil Pemuda Pas, Sani Amzah menggesa jawatan Menteri Besar Selangor ditolak jika Adun Pas sekiranya dipilih Sultan Selangor.

Ekoran mengeluarkan kenyataan itu, kebanyakan perwakilan yang hadir petang ini tidak bersetuju.

Suasana hangat itu yang berlangsung hampir lima minit itu bagaimanapun diredakan oleh Pengerusi Tetap Muktamar, Datuk Abu Kassim Abdullah sambil mengingatkan perwakilan supaya bermesyuarat mengikut kaedah Islam.

"Perwakilan bertenang...jaga perlakuan...bermuktamarlah dengan cara Islam...jangan buah kecoh jika hendak teruskan muktamar ini," katanya ketika wakil Dewan Pemuda Pas itu berucap membahas ucapan dasar Presiden Pas pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, semalam.

Terdahulu, Sani menggesa perwakilan dan pimpinan Pas supaya menolak jawatan Menteri Besar jika Adun Pas terpilih dan dilantik oleh Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sani berkata langkah itu sebagai menunjukkan kesetiaan Pas dalam bertahaluf siyasi bersama PKR dan DAP dalam PR.

"Kita kena tolak jawatan Menteri Besar Selangor, sebab itu janji kita setia kepada PR.

"Kalau hendak ambil kerusi panas itu bila tiba PRU14 dengan memenangi tambahan kerusi dan lepas itu baru kita boleh jadi kerajaan dan Menteri Besar Selangor," katanya ketika membahasa ucapan dasar Presiden Pas pada sesi Muktamar Pas.

0 comments:

share2