Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 10, 2014

MAYAT HAMPIR REPUT DITEMUI


Ipoh - Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui dalam keadaan terbaring di tepi Lombong Morib 2, Malim Nawar, dekat Kampar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritenden Ng Kong Soon berkata, mayat lelaki berumur di antara 40 tahun dan 50 tahun itu ditemui hanya berbaju T oleh seorang pesara tentera kira-kira jam 7.30 malam tadi.

"Pihak kami menerima laporan daripada seorang pesara tentera mengenai penemuan mayat itu kira-kira jam 8 malam tadi.

"Semasa pihak polis tiba, mayat lelaki dipercayai berbangsa Cina itu telah mula reput serta kembung dan kami percaya lelaki itu telah meninggal dunia lebih satu minggu," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang identiti pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

Kong Soon berkata, hasil bedah siasat di Hospital Kampar mengklafikasikan kes itu sebagai mati lemas.

Sehubungan itu Kong Soon berkata, sesiapa yang mengenali mangsa atau kehilangan anggota keluarga di minta untuk hadir di mana-mana balai polis berdekatan atau tampil ke Hospital Kampar untuk pengecaman mayat.

0 comments:

share2