Kuantan - Sebuah Tabika Kemas dan balai raya hangus dalam satu kebakaran dekat Kampung Bukit Setongkol di sini, petang semalam.
Timbalan Pengusa Bomba Indera Mahkota, Mat Hussin Mamat berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.05 petang dan bomba sampai 10 minit kemudian.
Menurutnya, lima jentera bomba dengan kekuatan 30 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pihak bomba berjaya mengawal api setengah jam kemudian dan mendapati 50 peratus bangunan ini terbakar,” katanya.
Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Bangunan menempatkan 50 kanak- kanak tabika dan empat guru tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Setongkol, Sidek Aminuddin berkata, beliau terkejut dengan kejadian tersebut yang telah memusnahkan bilik mesyuarat di tingkat atas bangunan.
Sidek berkata, walaupun 50 peratus bangunan ini musnah, tetapi masih bersyukur kerana tidak melibatkan kanak- kanak tabika.
0 comments:
Post a Comment