Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 10, 2014

HUKUMAN LEBIH BERAT KEPADA PESALAH AKTA HASUTAN


Tan Sri Musa Hassan

Kuala Lumpur - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan hukuman mati mungkin boleh dikenakan kepada pesalah yang melanggar Akta Hasutan 1948 buat kali yang ketiga.

Namun, tegasnya perkara itu perlu dipersetujui oleh penggubal undang-undang negara ini.

Menurut beliau, pesalah melakukan perkara sama berulang kali ekoran tidak takut dengan undang-undang tersebut dan beranggapan hukuman yang dikenakan itu ringan.

“Bagi saya begini, sekiranya kita melihat bahawa walaupun undang-undang ini wujud tapi masih dilanggar. Apa sebabnya?

“Sebabnya nombor satu, mereka tidak takut pada undang-undang. Kedua, mereka menganggap hukuman undang-undang ini tidak ada benda (kesan).

“Sebab itu mereka boleh melakukan lagi. Bagi mereka yang selalu melakukan hasutan, mereka saya rasa wajar diberikan hukuman yang lebih berat,” katanya kepada pemberita pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, fasilitator bagi Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948 yang juga seorang peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencadangkan agar jumlah denda dan tempoh penjara bagi penghasut tegar dinaikkan termasuk mengenakan hukuman mati mandatori bagi kesalahan menghasut buat kali yang ketiga.

Ketika ditanya kewajaran hukuman mati itu dilaksanakan, Musa Hassan menjawab, “berkemungkinan. Tapi, ini perlu mendapat persetujuan daripada mereka yang menggubal undang-undang juga.”

Akta Hasutan kembali menjadi topik hangat mutakhir ini apabila timbulnya desakan supaya ia dimansuhkan dan ada sesetengah pihak yang mahu ia dikekalkan demi memelihara keamanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan, Akta Hasutan tetap akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional namun kajian terperinci mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu.

0 comments:

share2