Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 10, 2014

FAM: PENGGANTUNGAN ANNUAR MUSA TAMAT OKTOBER


Annuar Musa

Hukuman penggantungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas Tan Sri Annuar Musa dari sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun bakal berakhir 4 Oktober ini.

Perkara itu dimaklumkan Annuar sendiri melalui akaun Facebooknya, semalam.

"Baru di sahkan tadi bahawa penggantungan saya akan tamat pada 4 Oktober 2014.

"Bermula Hari Raya Haji saya dapat kembali bebas setelah dua setengah tahun menjalani hukuman," tulisnya.

Pada tahun 2012, Annuar yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digantung dua setengah tahun selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari 2012.

Mengikut peraturan FAM hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari 2012 iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

Annuar turut hilang status sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

0 comments:

share2