BENTONG - Semalam telah berlangsungnya satu majlis perasmian Pejabat NAAM Negeri Pahang. Majlis ini dirasmikan oleh Dato M Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. NAAM (New Affirmative Action Movement) adalah sebuah pertubuhan untuk membantu golongan belia India terutama didalam bidang ekonomi. Antara projek yang diancarkan NAAM didalam membantu belia India adalah projek penanaman cili.
Menurut Dato M Saravanan, kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang, boleh menjejaskan golongan belia sekiranya mereka tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Belia India ini sekiranya tidak dibantu, boleh terjebak ke dalam aktiviti yang tidak sihat seperti gangsterisme.
Tanpa pelajaran, golongan belia India tidak boleh mendapatkan pekerjaan yang baik. Malah menurut beliau lagi, jika dahulu kerja kerja ladang diuruskan oleh masyarakat India, tetapi sekarang kerja kerja itu sudahpun diambil alih oleh pekerja asing seprti Indonesia, Bangladesh dan Nepal. Golongan belia India semakin sukar mendapatkan pekerjaan. Oleh itu NAAM ditubuhkan untuk membantu golongan belia yang keciciran pelajaran ini supaya dapat bekerja terutama didalam pertanian.
Sebelum itu, Dato M Saravanan telahpun merasmikan majlis Penyemaian Biji Benih Perintis Tanaman Cili NAAM di Pejabat Pertanian Karak.
0 comments:
Post a Comment