Baghdad: Dua bom kereta meletup di kawasan majoriti Syiah di sini semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang.
Letupan pertama berlaku di deretan kedai, restoran dan kafe di kawasan Kadhimiyah di utara Baghdad, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan mencedera 32 orang.
Menurut pegawai perubatan, satu lagi letupan bom kereta berlaku berhampiran kedai menjual alkohol di Karrada, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 17 orang.
0 comments:
Post a Comment