Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 13, 2014

SULTAN SELANGOR PERKENAN PECAT EXCO

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan surat perkenan Sultan Selangor berhubung pemecatan exco Selangor daripada DAP dan PKR pada sidang media di Bangunan SUK, Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Ogos, 2014.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat pemecatan 5 exco terbabit yang berkuatkuasa semalam adalah sah dan sudah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam tempoh dua jam.

Khalid berkata, beliau menulis surat kepada Sultan selepas mengetahui pendirian 5 exco terbabit pada jam 2 petang semalam.

Sultan kemudian membalas surat Khalid secara bertulis dan membenarkan pemecatan itu dibuat kira-kira jam 5 petang.

"Beta tiada halangan jika Yang Amat Berhormat (YAB) menamatkan khidmat mereka," kata Khalid ketika membacakan surat jawapan balas Sultan Selangor kepadanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di Shah Alam, hari ini.



0 comments:

share2