Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 22, 2014

SUASANA SEDIH SELUBUNGI MAJLIS PENGKEMBUMIAN


Suasana sedih selubungi majlis pengkembumian

Putrajaya - Dua jenazah penumpang MH17, Ahmad Hakimi Hanapi dan Nur Shazana Mohamed Salleh tiba di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan di sini untuk disemadikan kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Kedua-dua jenazah yang tiba menaiki dua kereta jenazah selepas selesai disembahyangkan di Masjid Putra diiringi ahli keluarga.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kemajuan Luar Bansar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Bacaan talkin akan disempurnakan Imam Besar Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi majlis pengkembumian berkenaan yang turut dihadiri waris, ahli keluarga mangsa, kakitangan MAS dan orang ramai.

0 comments:

share2