Halifax (Nova Scotia): Sebuah pesawat Boeing 777 United Airlines terpaksa mendarat cemas selepas mengalami kebakaran kecil dalam penerbangan dari Newark di Amerika Syarikat ke Brussels.
Jurucakap Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Halifax, Peter Spurway, berkata kebakaran itu berlaku di tempat tertutup dan berjaya dipadamkan sebelum pendaratan kecemasan itu malam tadi.
Spurway berkata walaupun kebakaran itu berjaya dipadamkan, juruterbang Penerbangan 999 United Airlines memutuskan untuk mendarat di lapangan terbang terdekat.
Pesawat itu membawa 233 orang dan dalam penerbangan dari Newark, New Jersey ke Brussels. Spurway berkata pesawat berkenaan melakukan pendaratan dengan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan.
0 comments:
Post a Comment