Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 6, 2014

LOKASI TERBAHARU MH370 DIUMUM HARI INI


MH370

Sydney -  Lokasi terbaharu bagi pencarian MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu akan diumum pada hari ini.

Mengesahkan kenyataan tersebut, pihak Biro Keselamatan dan Pengangkutan Australia berkata, pihaknya telah memeriksa semula data di sepanjang arka yang diperoleh daripada data satelit dan mendapati pesawat tersebut mungkin berada di mana-mana lokasi di sepanjang beratus kilometer ke bahagian selatan arka.

Namun setakat ini, pihak berkuasa Australia mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai sebarang serpihan pesawat ditemui dikawasan tersebut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Australia mengesahkan bahawa pihaknya telah melantik sebuah firma Belanda, Fugro Survey Pte Ltd untuk menerajui usaha pencarian laut dalam pesawat MH370.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, Fugro akan menggunakan dua buah kapal yang dilengkapi kenderaan laut dalam yang ditunda dan membawa pakar untuk menjalankan operasi pencarian.

"Kapal akan mencari di dasar laut menggunakan peralatan 'side scan sonar', 'multibeam echo sounder' dan kamera video untuk mencari dan mengenal pasti sebarang serpihan.

"Saya tetap yakin kami akan mengesan pesawat yang hilang dalam tumpuan kawasan pencarian," katanya dalam sidang akhbar di Canberra yang turut disalur secara dalam talian hari ini.

0 comments:

share2