Kuala Lumpur - Sepasang suami isteri memfailkan saman kecuaian terhadap United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB) atas kehilangan pelbagai jenis barang berharga yang bernilai lebih sejuta ringgit dua tahun lalu.
Lee Yaw Lin, 46, seorang ahli perniagaan, dan isterinya, Choo Yoke Peng, 40, seorang suri rumah, selaku plaintif, menamakan UOB sebagai defendan.
Saman difailkan melalui Tetuan Mahendran & Co pada 3 Disember tahun lalu.
Menurut penyataan tuntutan yang dikemukakan kepada mahkamah, pasangan tersebut menyewa peti simpanan keselamatan daripada bank berkenaan dengan kadar sewa RM250 setahun.
Pasangan itu menyimpan 60 jenis pelbagai barang berharga termasuk rantai, cincin, gelang, jam tangan emas, dan beberapa barangan kemas antik yang diwarisi daripada peninggalan harta pusaka mereka bernilai RM1,480,514.
Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2012, plaintif pertama dimaklumkan bahawa barangan yang disimpan dalam peti simpanan di bank berkenaan hilang.
Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi RM2 juta, wang sejumlah RM1,480,514; ganti rugi teladan; faedah; kos, dan relif-relif lain.
Pada proses rundingan (mediasi) yang berlangsung pada 4 Julai lalu, plaintif dan defendan gagal mencapai persetujuan bersama.
Kes itu akan dibicarakan pada 11 hingga 13 Ogos ini.
0 comments:
Post a Comment