Kakaknya, Maznah Mustafa, 55, berkata, beliau sekeluarga sudah berbincang mahu mengebumikan jenazah adik bongsunya itu di tanah perkuburan Islam Paroi Jaya, di sini.
“Segala persiapan sudah disediakan dan kami hanya menunggu jenazah tiba saja. Kami sekeluarga sentiasa berdoa agar jenazah dapat dibawa pulang dengan selamat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Ketika ditanya tentang sambutan Aidilfitri lalu, Maznah berkata, keluarganya tetap menyambut kedatangan Syawal walaupun masih bersedih dengan tragedi menimpa adiknya itu.
“Kali ini, kami sambut Aidilfitri berbeza dengan tahun sebelum ini. Jika sebelum ini ceria namun kali ini suram.
“Kami sekeluarga masih teringat lagi pada arwah lebih-lebih lagi ayah (Mustafa Ab Samad, 83). Ayah sangat rapat dengan Mastura kerana dia anak bongsu dan manja dengan ayah,” katanya.
Maznah berkata, mereka juga sentiasa berhubung dengan MAS bagi mengetahui perkembangan terbaharu tentang pengurusan jenazah adiknya.
“Kami sentiasa ingin tahu status terkini tentang pengurusan jenazah dan MAS juga ada berhubung dengan kami.
“Kami harap proses bawa balik jenazah dipermudahkan dan tiba dengan selamat,” katanya.
0 comments:
Post a Comment