Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 30, 2014

KUANTAN: TAK MENGAKU SALAH


Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan, dekat sini, semalam.

Kuantan - Seorang penganggur tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Mahkamah Seksyen, dekat sini, semalam, atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii, lima tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 50 tahun didakwa melakukan kesalahan tersebut tanpa kerelaan remaja bawah umur yang berusia 15 tahun lebih kurang jam 8.30 malam pada 28 Februari 2009.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh boleh didakwa di bawah seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Zainudin, membenarkan tertuduh diikat jamin walaupun kes-kes tersebut sebenarnya tidak boleh dijamin melainkan atas budi bicara mahkamah.

Dengan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan.

Disebabkan ahli keluarga yang hadir merupakan orang kurang upaya sekali gus tidak mampu untuk menjelaskan wang jaminan ditawarkan, Zainal Abidin mengarahkan tertuduh mendapatkan khidmat guaman kerajaan terlebih dahulu sebelum perbicaraan seterusnya diteruskan.

Mahkamah menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula dan bagi mendapatkan peguam.

0 comments:

share2