Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 31, 2014

KUANTAN : SAMBUTAN MERDEKA SEDERHANA TETAPI MERIAH



Acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri pahang kali ini turut diselitkan dengan segmen menghormati mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat penerbangan MH17.

Kira-kira 10,000 peserta yang terdiri daripada 103 kontinjen daripada pelbagai agensi dan jabatan berarak di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1.

Sebaik sahaja Jalur Gemilang dan bendera negeri dinaikkan, semua peserta dan orang ramai yang hadir bertafakur selama seminit bagi mengenang mangsa tragedi MH17.

Majlis disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah. Turut hadir Tengku Puan Pahang, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Walaupun sambutan diadakan secara sederhana namun ianya tetap meriah dengan dihadiri ramai rakyat jelata khususnya penduduk sekitar Kuantan. Ramai hadirin yang menyatakan puas hati mereka dengan perarakan yang turut di pamerkan oleh pihak tentera, polis, bomba serta para sukarelawan.

0 comments:

share2