Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 7, 2014

KUANTAN : DUA KELUARGA MISKIN DAPAT RUMAH BARU


Kuantan - Dua keluarga yang sebelum ini terpaksa menu­m­pang ihsan mendiami pondok ser­ta khemah di tanah kebun di Taman Beserah di sini mula memasuki kediaman baharu mereka di Perumah­an Kos Rendah Kampung Pak Mahat, di sini semalam.

Perkara itu hasil bantuan Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang dan Beserah (Bakkis) yang berjaya mendapatkan kediam­an lebih selesa untuk didiami keluarga tersebut.

Bagi keluarga berkenaan yang ter­diri daripada dua beradik tiri itu, pemberian rumah baharu tersebut amat bermakna dan menganggap­nya sebagai hadiah paling berharga sempena Aidilfitri.

Mohamamad Hassan Manaf, 43, berkata, bantuan ini akan menjadi pendorong kepada dirinya dan isteri, Suriyati Azman, 32, untuk memulakan kehidupan baharu dan melupakan kejadian buruk yang menimpa mereka sekeluarga sebelum ini.

"Saya sudah mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji berpatutan, jadi dapat menampung perbelanjaan keluarga terutama membayar sewa bulanan rumah baharu ini sebanyak RM125.

"Saya bersyukur kerana anak-anak dapat tempat berlindung yang selesa dan meneruskan persekolah­an seperti biasa. Terima kasih kepada Bakkis yang banyak membantu selama ini," katanya.


0 comments:

share2