Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 18, 2014

KHALID AKUR TITAH SULTAN SELANGOR


kemelut politik

Shah Alam - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dan menghormati nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar beliau menunggu baginda berangkat pulang ke tanah air untuk menghadap.

Menurutnya, sementara tempoh itu, beliau dan barisan Exco kerajaan negeri akan tetap menjalankan tugas seperti biasa.

"Saya menghormati dan akur nasihat DYMM Sultan Selangor supaya saya menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.

"Sehingga itu, saya dan barisan Exco akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Khalid turut menyeru agar semua pimpinan politik turut menghormati titah baginda Sultan.

"Saya menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah Sultan dan menghindarkan diri dari membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap Sultan Selangor," katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Sultan Selangor menolak bertemu Abdul Khalid di luar negara selepas menteri besar itu membuat permohonan untuk menghadap baginda bagi menjelaskan tentang perkembangan terbaru membabitkan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid mahu menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat mengenai kedudukannya selepas Pas memutuskan untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu.

0 comments:

share2