Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 11, 2014

ELAK HANYA KEJAR JAWATAN DAN KUASA


Khairy Jamaluddin

Kuala Lumpur - Anggota Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno hari ini diminta menjaga keutuhan perpaduan yang selama ini menjadi tonggak kejayaan Umno, dan mengelak daripada hanya mengejar jawatan dan kuasa yang boleh menyebabkan perpecahan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata perpaduan adalah perkara pokok dalam sebuah parti ke arah mengekalkan kesepakatan dan kekuatan yang akan diwarisi generasi akan datang.

"Kita bukan parti yang pentingkan jawatan dan politik peribadi (semata-mata)," tegasnya.

"Untuk dapatkan kejayaan kita perlu balik kepada asas perjuangan parti iaitu perpaduan dan kerjasama tinggi dalam kalangan anggota.

"Untuk itu, pemimpin muda perlu mainkan peranan menjaga perpaduan dengan menggunakan kebijaksanaan dan mempelajari (hal ini) daripada pemimpin terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Sayap Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Titiwangsa di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua anggota sayap utama Umno itu supaya terus bersepakat dalam apa jua keadaan bagi mengekalkan keutuhan parti tonggak BN itu.

0 comments:

share2